Di Hong Kong terdapat sebuah balai polis yang pernah menjadi kem tentera Jepun semasa pendudukan Hong Kong tiga puluh tahun lalu. Akibat kekalahan, seorang pegawai tentera Jepun telah melakukan seppuku di dalamnya. Dikatakan roh-roh mereka masih bergentayangan dan akan muncul pada hari Perayaan Hantu. Kam Kee (Jacky Cheung) dan Mang Chiu (Ricky Hui) bertugas sebagai polis di balai tersebut, tetapi mereka tidak pernah percaya akan kisah seram itu. Sehinggalah pada hari Perayaan Hantu, mereka menyaksikan sendiri banduan buruan Se Chai Ming (Billy Lau) bertukar menjadi abu apabila terkena cahaya matahari. Rupa-rupanya Se Chai Ming telah melihat roh tentera Jepun di dalam penjara dan digigit sehingga menjadi zombi. Barulah mereka percaya balai polis itu memang berhantu. Mereka melaporkan perkara itu kepada ketua untuk menyiasat kebenarannya, namun kemudian seorang wanita ditemui mati dipercayai digigit zombi. Pertarungan antara polis dan hantu ganas pun bermula...