"Criminal Minds" kembali dengan musim kebangkitan ke-16, "Criminal Minds: Evolution", dengan gaya penceritaan yang berbeza daripada satu kes setiap episod sebelum ini—kali ini anggota BAU menyiasat satu kes sepanjang 10 episod. Dalam musim ini, pasukan elit profiler jenayah FBI berdepan ancaman terbesar setakat ini: seorang suspek tidak dikenali yang menggunakan pandemik untuk membina rangkaian hubungan dengan pembunuh bersiri lain. Kini, apabila dunia mula dibuka semula, rangkaian itu mula beroperasi, dan pasukan terpaksa menyelesaikan kes pembunuhan satu demi satu untuk membawa mereka ke muka pengadilan.