Pendekar muda yang baru menceburi dunia persilatan, Lei Wujie, dalam perjalanan ke kota terbesar dunia persilatan, Kota Xueyue, tersasar ke Xue Luo Shan Zhuang. Kali pertama dia melakukan kebajikan, dia terpaksa membayar pampasan kerana merosakkan rumah penginapan milik Xiao Se, pemiliknya. Terpaksa, dia membawa Xiao Se bersama ke Kota Xueyue untuk meminjam wang bagi melangsaikan hutang. Dalam perjalanan, mereka secara kebetulan bertemu dengan murid kanan Kota Xueyue, Tang Lian, yang sedang mengiringi keranda emas, dan tanpa diduga terlibat dalam satu peristiwa yang menggemparkan seluruh dunia persilatan.