Saluran Showtime secara rasmi mengumumkan bahawa siri The L Word: Generation Q telah diperbaharui untuk musim ketiga dengan 10 episod. Operasi siri ini masih dikendalikan oleh Marja-Lewis Ryan daripada dua musim sebelumnya, manakala pengasas asal Ilene Chaiken serta pelakon Jennifer Beals, Kate Moennig dan Leisha Hailey akan terus berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.