Pemilik Kedai Arak Syaitan, Bai Qi, pakar dalam meracik arak yang mampu membawa pelanggan masuk ke alam mimpi. Seorang pakar penilai arak, Fu Yu, tiba di kedai itu. Ketika mereka bertelagah tentang kemahiran meracik Bai Qi, para pelanggan yang menyimpan obsesi datang satu demi satu ke kedai arak fantasi yang menyembuhkan jiwa. Selepas meneguk arak istimewa itu, mereka masuk ke alam mimpi. Dalam mimpi, Fu Yu menjelma menjadi pemburu syaitan manakala Bai Qi bertukar menjadi naga putih kecil. Bersama para pelanggan, mereka melalui kisah insan yang penuh kasih dan peristiwa yang menggetarkan hati, melenyapkan obsesi, memperoleh penyembuhan dan berdamai dengan masa lalu. Dalam setiap pengembaraan yang ajaib, pelbagai warna kehidupan seperti kasih keluarga, persahabatan dan cinta membuatkan Bai Qi dan Fu Yu berkembang serta menjadi sahabat karib yang terikat erat antara satu sama lain. Drama ini diadaptasi daripada komik 'Kedai Arak Syaitan'.