Dwight "The General" Manfredi, bekas ketua mafia New York, dibebaskan dari penjara selepas 25 tahun, tetapi dihantar ke Tulsa, Oklahoma oleh bosnya sendiri. Dwight menyedari keluarganya tidak mengambil berat kepentingannya, lalu dia membina "pasukan" secara beransur-ansur daripada sekumpulan individu yang tidak dijangka untuk membantunya membina empayar jenayah baharu di tempat yang sama sekali asing.