Ini ialah siri noir yang mendebarkan dan berkilauan neon, sebanyak enam episod, mengikuti heroin muda misteri bernama Miu. Selepas melalui kehidupan sebagai hamba, di ambang permulaan baharu, dia merentasi landskap dunia jenayah Copenhagen yang mengerikan. Demi mencari keadilan dan membalas dendam, dia bertemu dengan musuhnya, Rakel, dan mereka memulakan pengembaraan merentasi alam semula jadi dan alam ghaib. Masa lalu akhirnya mengubah dan menentukan masa depan mereka, apabila kedua-dua wanita itu mendapati mereka tidak keseorangan.