Pada Disember 2022, sekumpulan orang tiba di Lapangan Terbang Oslo. Ada yang datang untuk menyambut orang tersayang, ada yang pulang untuk berhimpun bersama keluarga, dan ada juga yang mahu melarikan diri daripada Krismas. Namun apa pun alasannya, misi Krismas mereka semuanya tidak menjadi. Kumpulan ini terkandas di lapangan terbang sementara masa terus berlalu. Hanya tinggal 24 jam sebelum Krismas, apakah yang akan mereka lakukan?