Mengisahkan tentang Candela, seorang gadis muda yang bekerja di sebuah syarikat logistik sambil mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi. Kehidupannya berubah sepenuhnya apabila eksekutif sebuah syarikat rakaman terkemuka, Fede Ariza, mendengar nyanyian Candela di sebuah bar. Pada malam yang sama, Candela bertemu dengan rakan lama sekolah menengahnya, Diego, yang ketika itu sedang berusaha keras untuk menjadi petinju profesional. Dalam kisah kedua-dua insan ini, mereka akan belajar mengatasi kekecewaan dan angan-angan, serta belajar menghargai cinta dan persahabatan.