Kisah ini berlaku di Hutan Cahaya Hijau yang indah seperti dalam cerita dongeng. Seorang gadis cantik dan baik hati bernama Sophie (dilakonkan oleh Liu Pin Yan) ialah anak tunggal dalam keluarga pemuzik dan sentiasa hidup bahagia. Dalam satu kemalangan kereta, pemandu keluarga Su meninggal dunia, lalu pasangan Su mengangkat anak perempuanya, Luo Shan (dilakonkan oleh Song Zhi Ai), dan menukar namanya kepada Susan serta menganggapnya seperti anak sendiri. Susan berasa rendah diri dan terlalu berkeras, bukan sahaja sentiasa cemburu dengan segala yang dimiliki Sophie sejak lahir, malah mula menyimpan perasaan cinta terhadap Jin Owen (dilakonkan oleh Ruan Jing Tian) yang membesar bersama Sophie. Di Kolej Muzik Diraja Spencer, Sophie bertemu dengan Putera William Spencer (dilakonkan oleh Li Wei Lian). Setelah dewasa, Sophie menjadi guru di Sekolah Rendah Cahaya Hijau, Susan menjadi pengarah seni Kolej Muzik Spencer, William pulang ke tanah air untuk mewarisi kolej muzik ayahnya, Spencer, dan Owen kembali setelah menamatkan pengajian sebagai pemain biola terkenal di seluruh dunia. Namun, Kolej Spencer ingin menutup Sekolah Rendah Cahaya Hijau, dan Sophie yang amat menyayangi sekolah itu berjuang untuk mempertahankan Cahaya Hijau……