Drama ini diadaptasi daripada siri televisyen popular Perancis, 'Dix pour cent'. Mengisahkan kehidupan di sebuah syarikat agensi hiburan, di mana setiap ejen sibuk bertungkus-lumus, bukan sahaja perlu berhadapan dengan individu-individu yang kuat perangainya serta politik pejabat, malah terpaksa memastikan pelanggan ternama berpuas hati dan membantu kerjaya mereka melonjak lebih tinggi.