Drama ini mengisahkan seorang gadis yang tinggal di rumah bapa angkatnya dan sentiasa dijaga oleh kakak angkatnya. Selepas kematian bapa angkat, perasaan kakaknya tumbuh menjadi cinta terhadap adiknya dan dia mahu memiliki gadis itu. Gadis tersebut menyangka dengan menjadi seperti yang dibenci kakaknya, dia dapat melarikan diri daripada semua ini, lalu gadis baik itu memutuskan untuk menjadi gadis nakal sebagai pemberontakan terhadap kakaknya. Namun, benih cinta sebenarnya telah lama bercambah dalam masa mereka tinggal di bawah bumbung yang sama....