Pendatang baru Sakashita Michitoshi (dilakonkan oleh Oguri Jun) ditugaskan ke unit penyiasatan khas baharu. Dalam keadaan itu, berlaku kes pembunuhan seorang profesor universiti yang dadanya ditikam dengan pen. Tenju Yu (dilakonkan oleh Higashiyama Noriyuki), Mizuta Tamaki (dilakonkan oleh Kurashina Kana), Ebisawa Yoshiki (dilakonkan oleh Tanabe Seiichi), Nonomura Takumi (dilakonkan oleh Shirasu Jin), Aoyama Arata (dilakonkan oleh Tsukamoto Takashi) dan yang lain segera ke tempat kejadian. Daripada perbuatan jenayah menikam beberapa batang pen ke dalam dada, mereka merasakan kelainan si pembunuh. Mangsa mempunyai reputasi yang buruk kerana "gangguan akademik", dan Tenju menunjukkan ia berkaitan dengan kes pembunuhan seorang usahawan wanita seminggu sebelumnya. Michitoshi menyiasat di internet dan mendapati bahawa antara mereka yang menyukai SNS yang mendakwa profesor universiti dan usahawan wanita itu melakukan gangguan, seorang pengguna internet bernama "Pembunuh Gangguan" telah memuat naik imej yang hanya boleh dirakam oleh si pembunuh. Pada masa yang sama, unit penyiasatan khas yang baru sahaja menerima ahli baharu tiba-tiba berhadapan dengan perpisahan. @OhLuma (A Dian)