Jururawat pelancong ialah jururawat bebas yang berpindah dari satu bandar ke bandar lain dengan hanya sebuah beg pakaian untuk menjalankan tugas kejururawatan. Drama ini mengisahkan jururawat-jururawat pelancong yang berbeza personaliti, yang walaupun sering bertelagah, akhirnya berganding bahu untuk menyelamatkan bukan sahaja pesakit, malah para petugas perubatan dan diri mereka sendiri.