Drama aksi fantasi terbitan Television Broadcasts Limited (TVB) Hong Kong, diterbitkan oleh Man Wai-hung, diarahkan oleh Ng Chiu-wing, serta dibintangi oleh Ruco Chan, Natalie Tong, Joel Chan, Grace Wong, Moon Lau, Lam Tsz-sin, Sammy Sum, Tiffany Lau, dan Au Sui-wai. Drama ini mula ditayangkan di Hong Kong, China pada 5 September 2022. Bertemakan wira berkuasa luar biasa, drama ini mengisahkan lima watak daripada lapisan bawah masyarakat yang menjadi wira jalanan untuk menyelamatkan penduduk kejiranan. Satu kemalangan mengubah hidup mereka, mencetuskan kuasa luar biasa dan membangkitkan semangat pembela keadilan! Lima watak daripada lapisan bawah masyarakat, iaitu Chung Hau-nin (Ruco Chan), Kiu Yeuk-laam (Natalie Tong), Ko Yung (Joel Chan), Wai Sui-kei (Grace Wong), dan O Chui-ping (Tiffany Lau), membentuk pakatan keadilan dan menjadi "The Unchained Medley".