Drama Korea pertama dalam sejarah yang bekerjasama dengan pengarah Jepun. Pengarah filem Jepun "Crows Zero", Takashi Miike, bekerjasama dengan Studio Dragon untuk menghasilkan drama Korea "CONNECT". Drama ini mengisahkan seorang lelaki yang organ tubuhnya dirampas oleh pemburu organ, dan selepas dia terhubung (Connect) dengan penerima organ tersebut, terjadinya kisah misteri. Pada mulanya ia dirancang untuk difilemkan sebagai filem, namun kini sedang disediakan sebagai drama Korea. Diarahkan oleh Takashi Miike yang terkenal dengan "Crows Zero", "Hostel" dan "As the Gods Will".