Dalam drama Argentina ini, Sofia (lakonan Clara Lago) ialah seorang pewaris muda yang seolah-olah memiliki segalanya: kehidupan yang penuh warna, keluarga yang memanjakan setiap kehendaknya, dan kawan-kawan yang gemar mencuba perkara baharu. Selepas kematian bapanya (lakonan Enrique Piñeiro), Sofia terpaksa pulang ke tempat kelahirannya, Buenos Aires, untuk menghadapi urusan pusaka yang rumit, termasuk syarikat keluarga, persaingan dengan dua orang abangnya (lakonan Mike Amigorena dan Esteban Pérez), serta penemuan mengejut tentang sisi tersembunyi bapanya. Demi membuktikan bahawa dia bukan sekadar 'bunga gubahan' yang cantik tetapi tidak berguna, Sofia melangkah ke jalan yang penuh cabaran dan pengajaran. Apabila matlamatnya semakin jelas dan keyakinannya semakin kukuh, tekad Sofia untuk menang menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Menerusi strategi yang tidak mengikut acuan biasa, dia sendiri akan mengubah keadaan dan nasibnya.