Califonia menerima hadiah tidak dijangka daripada ibunya, Izel: sebuah van dan surat kuasa. Selepas sembilan tahun berpisah, ibunya mahu Califonia bertemu dengannya di Zacatecas. Califonia memujuk tiga bapa angkatnya yang curiga, meyakinkan mereka bahawa perjalanan ini akan membawa kebahagiaan. Tidak lama kemudian, Califonia, Miguel, Diego dan Morgan memulakan perjalanan itu, dan hidup mereka akan berubah sepenuhnya. Tanpa mereka sedari, dua penjahat lucu sentiasa mengikuti mereka, dan juga wanita misteri itu.