Yang Wu Zhao ialah salah seorang daripada tiga wanita terkemuka dalam industri perkakasan Kaohsiung pada era 1980-an, digelar "Mak Cik" oleh para sukarelawan Tzu Chi pada era 1990-an, dan seorang nenek kebajikan yang disegani ramai selepas tahun 2000. Beliau melangkah dari zaman masyarakat yang serba sukar ke zaman moden, tidak pernah melupakan belas kasihan walau sepayah mana pun, dan tetap teguh pada niat asalnya sama ada miskin atau kaya. Sepanjang tempoh permulaan perniagaan yang penuh cabaran, Wu Zhao dan suaminya Yang Ding Yan tidak gentar mengharungi kepayahan, berganding bahu membina empayar perniagaan mereka sendiri. Demi mencapai cita-cita di hati, mereka berjimat cermat dan berusaha gigih, namun apabila bertemu dengan keluarga yang susah, mereka tidak pernah kedekut untuk menghulurkan bantuan kewangan. Walaupun sibuk mencari rezeki, mereka tetap tegas dalam mendidik akhlak anak-anak, mengajar kelima-lima anak mereka erti perpaduan melalui teladan dan nasihat, supaya mereka tahu mengasihi orang lain dan juga menghargai diri sendiri.