Drama ini diilhamkan oleh Chernobyl dan diadaptasi daripada kisah sebenar anggota bomba Perancis, menyelami kesan kebakaran Notre-Dame Paris pada 2019 terhadap sekumpulan warga Paris daripada pelbagai latar belakang. Melalui perspektif berbeza watak-watak seperti anggota bomba, wartawan dan orang awam, peristiwa itu ditinjau semula, memaparkan "garis masa pembinaan semula serta detik sebelum dan selepas kebakaran, apabila mereka (yang terlibat) terpaksa berjuang, mencintai, bertemu, membenci, membantu dan tersenyum antara satu sama lain, agar akhirnya mereka mendapat peluang untuk memulakan semula".