Untuk yang terdahulu, untuk yang akan datang, untuk kita, untuk di luar langit dan bumi: selamat menyertai "Kelab Cerita Tengah Malam". Di sebuah institusi penjagaan paliatif yang khusus merawat golongan muda yang menghidap penyakit terminal, lapan pesakit berkumpul setiap tengah malam untuk berkongsi cerita, dan bersetuju bahawa sesiapa yang pergi dahulu akan menyampaikan mesej dari dunia lain kepada yang masih hidup. "Kelab Cerita Tengah Malam" diadaptasi daripada novel tahun 1994 dengan judul yang sama serta karya-karya lain oleh Christopher Pike. Siri seram terbaharu Netflix "Kelab Cerita Tengah Malam" ialah karya terkini penerbit "The Haunting of Hill House" dan "Midnight Mass", Mike Flanagan, dan akan dilancarkan pada 7 Oktober.