Setiap pagi, sebuah AE86 melakukan drift di Gunung Akina dengan kelajuan yang sungguh menakjubkan. AE86 itu milik Kedai Tauhu Fujiwara. Takumi Fujiwara (dilakonkan oleh Jay Chou) setiap pagi terpaksa membantu bapanya, Bunta Fujiwara (dilakonkan oleh Anthony Wong), menghantar tauhu dari kedai mereka ke sebuah penginapan di Gunung Akina, walaupun itu bukanlah sesuatu yang ingin dilakukan oleh Takumi. Takumi juga bekerja sambilan di stesen minyak milik keluarga Itsuki (dilakonkan oleh Chapman To). Takeshi Nakazato (dilakonkan oleh Shawn Yue) mencabar pasukan Itsuki. Ketika Takeshi berlatih di Gunung Akina, dia tiba-tiba dipintas dengan mudah oleh sebuah AE86. Takeshi pun bertekad untuk menyiasat latar belakang AE86 itu dan mahu berlumba dengannya.