Zaman berubah dan nilai-nilai masyarakat turut berubah seiring waktu, namun yang tidak pernah berubah ialah ikatan kasih sayang dan cinta antara manusia yang sukar dipisahkan. "Setiap keluarga ada masalahnya sendiri", setiap rumah tangga pasti menghadapi cabaran tersendiri. Di bawah bumbung "Keluarga Emas", selain konflik antara ibu mertua dan menantu merentasi generasi, terdapat juga kisah cinta dan kehidupan penuh warna anak-anak muda keluarga ini. Pelbagai peristiwa besar dan kecil yang dihadapi keluarga Emas membuatkan penonton turut bergetar jiwa bersama suka duka watak-wataknya!