Du Di dan Wu Congrui ialah doktor residen di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Shengji, salah sebuah hospital terbaik di China. Kedua-dua sahabat ini pada mulanya mempunyai prospek kerjaya yang cerah serta hubungan emosi masing-masing yang stabil. Namun, persaingan untuk jawatan Ketua Residen telah mengganggu kehidupan mereka yang teratur. Kerana hanya ada satu kekosongan, Du Di dan Wu Congrui terpaksa bersaing. Di bawah bimbingan Doktor Pakar Kanan Huang Yunling dan Doktor Perubatan Lin Wei, mereka merawat pelbagai jenis pesakit dan menyaksikan seribu satu ragam kehidupan. Antara pesakit itu ada yang tidak dikenali, ada juga saudara dan sahabat sendiri, termasuk ibu Du Di yang kesihatannya kurang baik tetapi masih ingin melahirkan anak lagi. Mereka bekerjasama dalam persaingan dan bersaing dalam kerjasama. Selain itu, dalam pertengkaran mulut sehari-hari antara Du Di dan Liu Nianbai yang pulang dari luar negara untuk menyiasat kebenaran kematian ibunya, hati mereka perlahan-lahan semakin dekat. Manakala antara Wu Congrui dan Li Junxiao, mereka melalui fasa emosi daripada ingin bercinta tetapi tidak berani, tidak dapat bercinta kerana salah faham, sehingga akhirnya berani bersama. Akhirnya semua orang memperoleh kehidupan yang diimpikan dan merealisasikan 'kelahiran semula' masing-masing.