Dick Wolf mengumumkan pembangunan siri spin-off kedua FBI untuk CBS, iaitu FBI: International, yang akan mengisahkan operasi antarabangsa FBI. FBI: International merupakan projek spin-off ketiga CBS tahun ini, selepas CSI: Vegas dan NCIS: Hawaii. Kini Dick Wolf sudah memiliki tiga siri Chicago dan dua siri Law & Order di NBC, serta dua siri FBI di CBS.