Hulu akan menerbitkan siri biografi peninju legenda Tyson, "Iron Mike", dan mengumumkan bahawa Trevante Rhodes ("Moonlight") akan membintangi sebagai watak utama, Mike Tyson. Siri terhad 8 episod ini akan "meneroka kehidupan dan kerjaya liar, tragis dan penuh kontroversi bekas juara dunia tinju Tyson, salah seorang tokoh paling polarisasi dalam dunia sukan", daripada penulis "I, Tonya" Steven Rogers & pengarah Craig Gillespie, Margot Robbie juga berperanan sebagai penerbit eksekutif, dan Karin Gist ("Mixed-ish") sebagai showrunner.