Drama ini mengisahkan tiga wanita bujang yang sebaya, semuanya bernama Huang Li Jiao, tetapi masing-masing berasal dari China, Singapura dan Malaysia, yang bertemu di Singapura. Disebabkan latar belakang budaya, negara, keluarga dan pendidikan yang berbeza, ketiga-tiganya meskipun sama nama, mempunyai personaliti yang berlainan. Oleh kerana personaliti yang berbeza, apabila berhadapan dengan persoalan cinta, keluarga atau peribadi, ketiga-tiganya mempunyai pertimbangan dan pilihan yang berbeza, dan pilihan yang berbeza itu membentuk nasib yang berlainan bagi mereka bertiga pada masa hadapan.