Izakaya A-Shin, sebuah kedai minuman biasa di pusat beli-belah Kyoto, mempunyai pintu masuk yang bersambung dengan kota purba Aiteria di dunia lain. Pemilik kedai berjiwa tukang, Yazaki Nobuyuki (lakonan Otani Ryohei), yang hanya memikirkan tentang makanan, dan gadis papan tanda Chika Shinobu (lakonan Takeda Rena), perlahan-lahan berjaya menawan hati dan selera para pelanggan dari dunia lain yang terdiri daripada tentera, tukang, pedagang, bangsawan dan pelbagai profesion serta status. A-Shin menjadi kedai kegemaran ramai pelanggan tetap. Pada suatu hari, muncul seorang wanita mirip penyihir bernama Ingrid (lakonan Mizuno Miki) di izakaya itu. Pada masa yang sama, Uskup Agung Rodrigo (lakonan Matsuo Satoshi) mendengar khabar angin bahawa penyihir itu menjadikan A-Shin sebagai tempat tinggalnya, lalu mula bertindak untuk membawa pergi penyihir tersebut dan orang-orang yang berkaitan dengannya.@OhLuma (A-Dian)