Mengisahkan Molly Novak (lakonan Rudolph), seorang wanita jutawan, yang memilih untuk bercerai selepas dikhianati oleh suaminya (lakonan Adam Scott). Kehidupan Molly kini kacau-bilau — kapal layar mewah, jet peribadi ke Saint Barth, atau menangis di dalam rumah gula-gula gergasi tidak mampu memenuhi hidupnya yang kaya tetapi sunyi. Dia tiba-tiba menyedari bahawa dia memiliki sebuah yayasan amal, lalu dia menceburkan diri dalam kerja kebajikan dan memulakan perjalanan penemuan diri.