Kelly McCormack dan Priscilla Delgado akan membintangi episod percubaan Amazon bertajuk 'A League of Their Own', projek drama bersiri ini diadaptasi daripada filem dengan judul sama pada tahun 1992. Pada masa ini, pelakon lain dalam siri ini termasuk D'Arcy Carden, Abbi Jacobson dan Gbemisola Ikumelo. Seperti filem asalnya, versi drama 'A League of Their Own' mengisahkan sebuah pasukan besbol profesional wanita yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua.