Tiga hari sebelum Ekspo Dunia Tokyo, Kediaman Perdana Menteri menerima amaran keganasan daripada organisasi pengganas antarabangsa Mundo. Takahara (watak dilakonkan oleh Ken Matsudaira) dari Biro Penyiasatan Keselamatan Awam menerima arahan daripada Perdana Menteri Kaizaki (watak dilakonkan oleh Min Tanaka) untuk menghimpunkan anggota agensi perisik sulit "GOS=Global Operation Service" yang diketuai oleh Habashima Takeshi (watak dilakonkan oleh Noriyuki Higashiyama). Mereka diberi masa 72 jam. Walaupun Habashima dan pasukannya telah memperoleh bukti bahawa Mundo sedang menghasilkan virus cacar jenis baharu di dalam Jepun dan merancang serangan bioteror berskala besar, mereka masih tidak dapat menentukan lokasi persembunyian organisasi pengganas itu. Sebaliknya, di sebalik amaran serangan pengganas kali ini terdapat "tujuan sebenar" yang menggugat asas Jepun. @OhLuma (A Dian)