Lulus dengan kepujian tertinggi dalam bidang Kejuruteraan Hayat di Universiti Teito dan menyertai Biro Polis, Inspektor Kanan Kobukuro Yuichi (lakonan Dean Fujioka) kehilangan isteri tercinta dan membesarkan anak perempuannya yang masih kecil sebagai bapa tunggal. Percaya pada cahaya sains, beliau menubuhkan jabatan khas untuk menangani isu berkaitan teknologi termaju, "Bilik Tindakan Jenayah Sains", dan turut melantik saintis genius Mogami Yukiko (lakonan Yukino Kishii) sebagai perunding. Kes-kes yang dihantar kepada Bilik Tindakan Jenayah Sains ialah kes yang tidak mampu ditangani oleh agensi polis. Mengikut tanggapan lazim, ia hanyalah "kejadian yang ajaib dan tidak dapat difahami". Kedua-duanya bukan melakukan siasatan sains semata-mata, tetapi melalui siasatan itu merungkai sains itu sendiri yang tersembunyi di sebalik kejadian.