Menerusi perspektif tiga watak, drama ini meneroka dunia muzik, jenayah dan keagamaan di São Paulo, Brazil. Doni, Nando dan Rita dibesarkan di kawasan setinggan yang sama, sangat dipengaruhi oleh muzik funk, penyeludupan dadah dan mazhab Injil. Walaupun mereka kemudiannya menempuh jalan yang berbeza, ketiga-tiga sahabat sejak kecil ini akhirnya menyedari bahawa mereka perlu saling bergantung dan menyokong antara satu sama lain untuk terus melangkah ke hadapan dan mencapai impian masing-masing.