Selepas menyelesaikan krisis yang dicetuskan oleh Tal-Rho, kehidupan di Smallville mula kembali seperti biasa. Walaupun hubungannya dengan Kolonel Anderson (Ian Bohen), yang mengambil alih tugas Sam, agak tegang, Clark (Tyler Hoechlin) merasakan keadaan semakin pulih apabila melihat John Irons (Wolé Parks) bertemu semula dengan anak perempuannya, Natalie (Tayler Buck), dan Lana (Emmanuelle Chriqui) turut menyertai kempen pilihan raya datuk bandar. Namun, halusinasi yang datang bagaikan pandangan orang lain terus muncul, membuatkan Clark sedar bahawa krisis baharu mungkin bakal berlaku. Pada masa yang sama, Lois Lane (Bitsie Tulloch) juga cuba menyiasat kebenaran yang disembunyikan oleh Ally Allston (Rya Kihlstedt), ketua kultus yang pernah merenggangkan hubungannya dengan adiknya.