Diadaptasi daripada novel web dengan judul yang sama, drama ini mengisahkan Yesul yang memiliki keupayaan melihat masa depan setiap kali dia bercium. Akibat tersilap mencium leher ketuanya, Cha Minhu, dia terlihat masa depan mereka yang penuh ghairah, dan sejak itu pelbagai peristiwa berlaku.