Selepas menghalang kiamat dunia pada tahun 1963, The Umbrella Academy kembali ke masa kini, yakin bahawa mereka telah menghalang kiamat asal dan memulihkan sepenuhnya garis masa yang terlupa ini. Namun selepas sambutan singkat, mereka menyedari bahawa mereka (sama sekali) tersilap kira. The Sparrow Academy yang bijak, bergaya dan dingin bertembung dengan The Umbrella Academy dalam konfrontasi sengit, namun itu jauh daripada masalah terbesar The Umbrella Academy. The Umbrella Academy akan berdepan dengan cabaran, kehilangan dan kejutan, serta mula menangani entiti tidak dikenali yang membuat kekacauan besar di alam semesta (dan ini mungkin berpunca daripada mereka sendiri). Kini yang perlu mereka lakukan ialah meyakinkan keluarga baharu (dan mungkin lebih baik) ayah mereka untuk membantu membetulkan kesilapan yang disebabkan oleh kedatangan mereka. Mampukah mereka mencari jalan kembali ke masa sebelum kiamat? Atau adakah dunia baharu ini bukan sekadar kesilapan kecil dalam garis masa, malah malapetaka bakal melanda?