Haruka Ayase disahkan membintangi drama misteri Surat Wasiat Bekas Teman Lelaki, adaptasi daripada novel bertajuk sama karya Ho Mitsukawa, akan mula ditayangkan pada April tahun ini. Drama ini mengisahkan seorang peguam cekap, Reiko Kenmochi (lakonan Haruka Ayase), yang bekerja di sebuah firma guaman besar. Selepas mengetahui berita kematian bekas teman lelakinya, Eiji, dia menerima pesanan wasiat pelik yang ditinggalkan lelaki itu: "Saya mahu menyerahkan seluruh harta saya kepada pembunuh saya." Oleh itu, dia bersama kliennya bersekongkol untuk meraih harta pusaka yang besar itu. Drama ini diarahkan oleh Masayuki Suzuki dan Kamisaku Sawada, manakala skrip ditulis oleh Noriaki Sugihara (Ring).