Yuto Gotokuji (lakonan Yuto Takahashi), seorang pelajar tahun tiga universiti yang mudah menyesal dalam segala hal, sedang mencari pekerjaan. Pada hari dia mengalami 31 kekalahan berturut-turut dalam temu duga kerja, dia bertemu dengan kawan baik zaman sekolah rendahnya, Hajime Ichihashi (lakonan Mizuki Inoue). "Bagaimana kalau kita bersihkan jalan ini? Nama pasukan kita ialah Cleaners!" Akhirnya Yuto dipujuk oleh Hajime dan terpaksa menyertai pasukan misteri itu. Dia dibawa ke syarikat pembersihan tempat Hajime bekerja sambilan. Di sana terdapat Jiro Enomoto (lakonan Ryo Hashimoto) yang sentiasa mengambil berat tentang poninya, Yuto Shimura (lakonan Soya Igari) yang bergaya seperti bintang aksi, dan Mitsumame Ryo (lakonan Ryuto Sakuma) yang kelihatan seperti samseng. Pada hari kelima-limanya berkumpul buat pertama kali, Cleaners memulakan "pembersihan kegelapan" untuk menyapu bersih kejahatan di jalanan. @Ohluma (Adian)