Michiel Huisman, yang terkenal dalam siri Game of Thrones, akan menyertai siri saluran Discovery bertajuk Harley and the Davidsons. Siri ini diadaptasi daripada kisah benar tentang dua adik-beradik dari Milwaukee, William Harley dan Walter Davidson, yang pada usia 19 tahun memulakan syarikat dari halaman belakang rumah dan setelah berjuang gigih berjaya membina jenama motosikal terkenal dunia, Harley-Davidson. Michiel Huisman memegang watak Walter Davidson, manakala dalam Game of Thrones beliau memegang watak Daario Naharis.