Di Jabatan Jualan Mitsuhashi Trading, sebuah syarikat perdagangan. Pekerja-pekerja muda mengeluh, "Hari ini pun kena kerja lebih masa." Ketua Jabatan Kazu Ishizawa (Takashi Sorimachi) memandang mereka dengan tajam sambil berkata, "Betul lah..." Namun sebelum dia sempat menghabiskan ayat, pekerja-pekerja muda itu terus melarikan diri. Dalam keadaan begitu, seorang pekerja baru bernama Ayumi Mugita (Haruka Fukuhara) yang ditempatkan di bawah jabatannya pergi bekerja dengan rasa gementar dan gelisah. Dia tidak dapat mengikut rentak kerja dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana jabatan itu. Makan bekal sendirian di meja adalah satu-satunya masa dia dapat berasa tenang. Tiba-tiba, Ishizawa muncul di hadapan Mugita dan berkata, "Betul lah, anak muda sekarang ni..." @OhLuma (A Dian)