Siri ini diilhamkan daripada buku Jeff Pearlman bertajuk 'Showtime: Magic, Kareem, Riley, and the Los Angeles Lakers Dynasty of the 1980s', memfokuskan kepada pasukan Los Angeles Lakers pada era 1980-an, menceritakan kerjaya dan kehidupan peribadi para pemain serta individu-individu luar biasa yang membantu mentakrifkan satu zaman di dalam dan di luar gelanggang. Sepanjang era 'Showtime', Lakers mendominasi NBA dengan memenangi 5 kejuaraan, menjadikan mereka antara dinasti paling dihormati dan paling berkuasa dalam dunia sukan. 'Showtime' pernah digunakan sebagai tajuk siri ini bagi mewakili 'era showtime' Lakers. Namun, kerana namanya bertembung dengan saluran kabel Amerika Showtime yang juga pesaing HBO, siri ini menggugurkan penggunaan tajuk buku tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.