Tukang Masak Ajaib mengusahakan sebuah restoran kecil yang hanya dibuka pada lewat malam. Masakannya bukan sahaja lazat malah mampu menyembuhkan penyakit. Pada suatu malam, seorang pelanggan keluar dari restoran itu, dan wajahnya yang penuh kebahagiaan menimbulkan rasa ingin tahu Xiaomei dan Awei. Kedua-duanya masuk ke restoran itu dan segera terpukau dengan kemahiran memasak Tukang Masak Ajaib. Masakannya bukan sahaja lazat, malah menyembuhkan pelbagai penyakit Awei. Hal ini membuatkan Xiaomei berasa terkejut dan takut. Namun Awei tidak mengendahkannya, sebaliknya ingin mengetahui rahsia keajaiban masakan Tukang Masak Ajaib. Dengan godaan Tukang Masak Ajaib, Awei bersetuju untuk berguru dengannya.