Kisah ini diilhamkan daripada kehidupan luar biasa Julia Child, seorang chef, penulis dan pengacara televisyen, serta rancangan televisyen perintisnya The French Chef. Menerusi Julia dan sikapnya yang optimistik serta berani mencuba, drama ini meneroka satu tempoh yang terus berkembang dalam sejarah Amerika: kemunculan televisyen awam sebagai institusi sosial baharu, feminisme dan gerakan wanita, hakikat kemasyhuran, serta perkembangan budaya Amerika. Pada terasnya, drama ini menggambarkan daya tarikan yang berubah dan kompleks dalam sebuah perkahwinan penuh kasih.