Mengisahkan tentang wira wanita Dinasti Ming, Luo Mingyi, dan pengawal istana Bi Zheng. Ketika mereka menyelamatkan doktor terkenal Li Shizhen, mereka secara tidak sengaja merentas masa ke Singapura moden. Dalam usaha menghidupkan semula perniagaan perubatan tradisional Cina warisan keturunan Li Shizhen, mereka berubah daripada musuh menjadi sahabat dan terpaksa berganding bahu menentang kuasa jahat dari istana yang turut merentas masa. Pada zaman Wanli Dinasti Ming, wira wanita Luo Mingyi (lakonan Huang Sitian) cuba menyerbu penjara untuk menyelamatkan abang seperguruannya, doktor terkenal Li Shizhen (lakonan Xu Bin). Malangnya, dia dihalang oleh Bi Zheng (lakonan Qi Yuwu), pengawal istana Ming di bawah Canselor Sun Gonggong (lakonan Wang Lujiang). Dalam pertemuan yang tidak dijangka, pertarungan mereka menyebabkan kedua-duanya terlempar ke Singapura tahun 2020, membuka mata mereka kepada dunia baharu. Secara kebetulan, mereka bertemu dengan keturunan Li Shizhen, Li Jishi (juga lakonan Xu Bin). Keluarga Li Jishi memiliki restoran masakan herba bernama Xiancaotang yang terkenal selama lima puluh tahun, namun kegemilangannya kini pudar dan perniagaannya semakin merosot. Mingyi bersumpah untuk mengembalikan kegemilangan Xiancaotang, Jishi bersetuju membantu mereka memahami kaedah merentas masa, manakala Bi Zheng yang hanya ingin pulang ke Dinasti Ming terpaksa bersetuju untuk membantu. Dengan bantuan kedua-duanya, perniagaan Xiancaotang semakin maju. Namun kegembiraan tidak kekal lama apabila suatu hari, mereka dipanah arus elektrik dan sekali lagi merentas masa kembali ke Dinasti Ming. Rahsia mereka merentas masa ke zaman moden ditemui oleh Sun Gonggong yang jahat dan Gong Wang (lakonan Xu Mingjie). Kedua-dua pencita cita ini mahu datang ke zaman moden mencari harta karun peninggalan Zheng He untuk membeli senjata ampuh dan menguasai Dinasti Ming. Mampukah Mingyi menghalangnya tepat pada masanya? Adakah Bi Zheng akan kekal setia kepada Sun Gonggong, atau berpihak kepada Mingyi? Bagaimanakah kisah dua wira ini akan berakhir?