Semua ibu bapa mahu anak mereka berjaya, kononnya mesti menang di garis permulaan. Sejak lahir lagi anak dah belajar semua bahasa dunia dan menyertai semua kelas minat supaya lebih berdaya saing dan tidak ketinggalan. Tak nak jadi ibu bapa 'monster'? Marilah tubuhkan "Pakatan Anti Garis Permulaan", biar anak-anak membesar dengan santai dan tanpa tekanan! Senang cakap... tetapi apabila ibu bapa dan orang dewasa seperti Gigi Leung, Poon Chan Leung, Chow Ka Yee, Johnny, Kuen Je, Fei Chai dan Li Yan Yi yang berkata begitu, mampukah mereka konsisten? Atau akhirnya diam-diam mendaftarkan anak ke kelas minat juga: "Paling tidak... belajar alat muzik... itu pun dah cukup asas..." Betul ke?