Dalam karya ini, Tamashiro memainkan watak Oganeku Michiko, yang bekerja sebagai perancang jualan di sebuah syarikat perabot terkenal. Michiko yang membawa trauma akibat peristiwa lampau dengan bekas kekasihnya menyimpan satu rahsia. Rahsianya ialah dia seorang peminat kereta api tegar dengan pengalaman 10 tahun. Apabila ada masa lapang, dia menaiki kereta api menuju ke stesen-stesen tempatan yang bertaburan di seluruh Jepun. Di setiap tempat, dia bertemu pelbagai orang, menikmati pemandangan dan makanan istimewa sambil mencari jati dirinya yang sebenar.