Sekumpulan individu terperangkap di Bank Sepanyol selama lebih 100 jam. Mereka berjaya menyelamatkan Lisbon, tetapi kehilangan seorang rakan, dan masa depan kini gelap. Profesor telah ditangkap oleh Sierra, dan buat pertama kalinya dia tidak menyediakan pelan melarikan diri. Mereka menyangka keadaan tidak mungkin menjadi lebih buruk, namun mereka berdepan musuh yang amat kuat: pihak tentera. Rompakan terbesar dalam sejarah akan bertukar menjadi pertempuran huru-hara dan menuju ke penghujungnya. Musim kelima siri popular ini akan diterbitkan dalam dua bahagian, masing-masing pada 3 September dan 3 Disember 2021.