FOX mengumumkan tempahan terus untuk drama "Our Kind of People" yang diterbitkan oleh Karin Gist dan Lee Daniels. Drama ini diilhamkan daripada buku "Our Kind of People: Inside America's Black Upper Class" karya Lawrence Otis Graham, mengisahkan sebuah keluarga kulit hitam kaya yang telah wujud lebih 50 tahun di Oak Bluffs, Martha's Vineyard. Watak utama, Angela Vaughn, seorang ibu tunggal, mencipta produk penjagaan rambut untuk wanita kulit hitam demi mengembalikan kegemilangan nama keluarganya. Namun, tindakan itu mendedahkan rahsia ibunya dan menggegarkan komuniti kecil tersebut.