Rex hidup bersendirian selama ini. Apabila diberitahu bahawa hayatnya tidak lama lagi, dia nekad memandu kereta menempuh perjalanan tanpa kembali — merentasi benua Australia dari Broken Hill hingga ke Darwin. Namun perjalanan itu merungkai kepadanya betapa berharganya kehidupan — tidak berputus asa, menghayati kehidupan, dan berkongsi kegembiraan.