Drama bersiri "Medan Perang Timur" memaparkan kisah perjuangan berdarah tentera dan rakyat China bersama rakyat pelbagai negara dalam perang menentang pencerobohan dari tahun 1931 hingga 1945. Berbanding drama perang lain, drama ini mentafsir dengan sudut pandangan baharu bagaimana medan perang Timur mempengaruhi nasib medan perang Barat, di samping merangkumi peristiwa-peristiwa sejarah penting di medan perang Timur semasa Perang Dunia Kedua. Dalam lukisan peperangan ini, ia turut menggambarkan perang pengintipan yang penuh misteri: pengintip wanita Timur yang terkenal, Kawashima Yoshiko, serta genius kriptografi yang kurang dikenali, Chi Buzhou, semuanya muncul satu demi satu, memperlihatkan selok-belok perang pengintipan yang jarang diketahui umum.